Malaysia

‘Sudahlah..’ Anwar penat diasak letak jawatan susulan perjanjian dengan AS

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan susulan keputusan kerajaan menandatangani Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat, sambil menyifatkan desakan berulang untuknya berundur sebagai meletihkan dan tidak berasas.

Anwar mempertahankan keputusan itu dengan menjelaskan bahawa Malaysia bukan satu-satunya negara menjalin kerjasama perdagangan dengan AS, malah kuasa besar seperti China turut berunding mengenai tarif timbal balas dengan Washington.

Kenyataannya dibuat sehari selepas bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menggesa beliau dan Kabinet meletak jawatan atas dakwaan ART menjejaskan kedaulatan negara.

Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara menegaskan perjanjian itu tidak menyalahi Perlembagaan dan tetap melindungi kepentingan nasional.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker