Sunway Square Mall tarik balik dasar mesra haiwan selepas dilarang Exco

Sebuah pusat beli-belah di Lembah Klang menarik balik dasar mesra haiwan peliharaan selepas kerajaan Selangor menegaskan larangan membawa haiwan ke pusat beli-belah masih berkuat kuasa.
Sunway Square Mall di Subang memaklumkan haiwan peliharaan kini tidak dibenarkan di kawasan tertutup premis itu berkuat kuasa serta-merta.
Bagaimanapun, haiwan masih dibenarkan di zon luar khas mesra haiwan di Sunway South Quay Lake, dengan pergerakan dikawal oleh pihak keselamatan.
Tindakan itu susulan pendirian Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Ng Suee Lim, yang menegaskan larangan tersebut kekal sementara kerajaan negeri meneliti garis panduan sesuai dengan konteks tempatan.
Isu ini sebelum ini tular selepas Sunway Square Mall membenarkan haiwan peliharaan masuk ke premis, mencetuskan perdebatan awam.




