Malaysia
Tamim Dahri nafi hina simbol Hindu, disangka hanya besi terbiar

Aktivis masyarakat, Tamim Dahri Abdul Razak menafikan dakwaan menghina simbol suci agama Hindu susulan video tular memaparkan dirinya memijak objek dipercayai trisula di Langkawi, Kedah.
Menurutnya, objek yang dialihkan itu disangka hanya besi berkarat yang tajam dan terbiar di kawasan berhampiran gua ketika dia bercuti di pulau berkenaan.
Tamim mendakwa tidak menyedari ia merupakan lambang keagamaan kerana tiada sebarang bangunan rumah ibadat di kawasan tersebut.
Terdahulu, video memaparkan dirinya memijak objek menyerupai trisula atau soolam tular di media sosial sehingga mencetuskan kemarahan penganut Hindu dan beberapa laporan polis dibuat berhubung insiden itu.



