Malaysia

Tanah runtuh di Balik Pulau, jalan ditutup sehingga Sabtu

Jalan Tun Sardon di Balik Pulau ditutup sementara sehingga pukul 6 petang Sabtu, susulan kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang petang Khamis.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang menerusi kenyataan memaklumkan, penutupan itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan serta penyelenggaraan di lokasi kejadian.

Orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif dan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan.

JKR turut menzahirkan penghargaan atas kerjasama semua pengguna jalan sepanjang tempoh penutupan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran kerja pemulihan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker