Malaysia

Desakan letak jawatan dorong Fadhlina Sidek baiki sistem pendidikan

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyifatkan desakan agar beliau meletak jawatan dijadikan sebagai dorongan untuk beliau memperbaiki sistem pendidikan negara.

Beliau berkata beberapa insiden besar di sekolah menjadi isyarat bahawa Kementerian Pendidikan perlu memperkukuh dasar dan menangani isu melibatkan guru serta pelajar dengan lebih berkesan.

Fadhlina mengakui cabaran dan desakan terhadapnya adalah sebahagian daripada realiti politik yang perlu dihadapi, namun menegaskan fokus utama tetap pada usaha menambah baik sistem pendidikan.

KPM kini merancang reformasi segera terhadap sistem sedia ada serta memperkasa program pendidikan melalui kerjasama dengan pelbagai kementerian dan penglibatan menyeluruh masyarakat termasuk PIBG, NGO serta sektor swasta bagi menangani cabaran keselamatan di sekolah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker