Tapir kesayangan ramai di Taman Agroteknologi Mardi Cherating mati dilanggar

Seekor tapir jantan yang sering menjadi tarikan di Taman Agroteknologi Mardi Cherating ditemui mati selepas dirempuh sebuah Perodua Alza di KM35 Jalan Kuantan-Kemaman, tengah malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.10 pagi, haiwan terlindung itu dipercayai sedang melintas jalan sebelum dilanggar kenderaan berkenaan. Pemandu MPV terbabit tidak mengalami kecederaan.
Bangkai tapir seberat lebih 120 kilogram itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Pahang untuk tindakan lanjut.
Insiden ini turut mengundang rasa sedih penduduk sekitar yang sudah biasa melihat tapir itu menjadi penyeri taman tersebut.
Taman Agroteknologi Mardi Cherating melalui kenyataan di Facebook memaklumkan kehilangan ini satu kehilangan besar, kerana tapir itu sering muncul di kawasan perkhemahan dan menjadi keunikan taman tersebut.



