Malaysia
Terengganu umum bonus khas penjawat awam RM500

Kerajaan Terengganu mengumumkan pemberian bonus khas RM500 kepada lebih 14,000 penjawat awam negeri sebagai penghargaan terhadap komitmen dan sumbangan mereka dalam perkhidmatan awam.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat selepas pembentangan Belanjawan Terengganu 2026, sebagai tambahan bagi menghargai jasa penjawat awam yang menjadi tulang belakang pentadbiran negeri.
Beliau turut memaklumkan bahawa pengumuman tersebut dibuat semasa sesi penggulungan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15, sebagai tanda komitmen kerajaan negeri untuk terus menjaga kebajikan kakitangannya.




