Malaysia

Terima lebih 1,000 panggilan kecemasan, bomba sukarela mula masuk Hatyai

Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Petani mula memasuki kawasan banjir di Hatyai dan Songkhla hari ini selepas paras air menunjukkan tanda surut.

Pasukan itu sebelum ini menerima lebih 1,000 panggilan kecemasan daripada pelancong Malaysia yang terperangkap sejak banjir mula memburuk dengan paras air mencecah sehingga 1.5 meter.

Pasukan tersebut membawa tiga bot bersama bekalan makanan kering dan air minuman, dibantu oleh pasukan sukarela dari negeri lain yang menyediakan sehingga lapan bot untuk operasi sehingga 26 November.

Koordinasi turut dilakukan lebih awal dengan agensi kerajaan Malaysia serta pertubuhan di Selatan Thailand bagi mempercepatkan proses penyelamatan.

Sejak Jumaat lepas, hujan lebat berterusan menjejaskan pelancong asing termasuk kira-kira 4,000 rakyat Malaysia yang kini berada di kawasan itu dan, kesemua mereka dilaporkan selamat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker