Malaysia

Tiada lagi Hard Rock Café di Ipoh selepas hanya setahun dibuka

Hard Rock Cafe Ipoh akan menamatkan operasinya pada 1 Disember ini, hanya selepas setahun dibuka di Jalan Sultan Iskandar.

Keputusan itu dibuat berikutan jumlah pengunjung yang rendah, menjadikannya antara sembilan cawangan global Hard Rock yang ditutup tahun ini.

Selain di Ipoh, beberapa lokasi lain di seluruh dunia, termasuk di Ibiza, Gran Canaria dan Phnom Penh turut ditamatkan operasi.

Kafe berkonsepkan gabungan moden dan warisan tempatan itu sebelum ini menjadi tarikan baharu di kawasan pelancongan seperti Tong Sui Kai dan The Octagon.

Pengurusan Scott’s Hard Rock turut merakam penghargaan kepada semua kakitangan dan pelanggan, sambil menegaskan jenama itu kekal beroperasi di lokasi lain di Malaysia termasuk Puteri Harbour.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker