Malaysia
Tiada paksaan bekas ahli UMNO sertai semula ikut Rumah Bangsa – Tok Mat

UMNO tidak memaksa bekas ahli yang dipecat atau digantung untuk kembali menyertai parti itu melalui inisiatif “Rumah Bangsa”.
Timbalan Presidennya, Mohamad Hasan berkata keputusan untuk kembali atau sebaliknya terpulang kepada individu berkenaan kerana kekuatan parti tidak bergantung kepada mana-mana individu, sebaliknya kepada sokongan akar umbi.
Beliau turut menegaskan kemasukan semula bekas ahli tidak melibatkan sebarang syarat, manakala kerjasama UMNO dengan Pakatan Harapan ketika ini hanya bagi tujuan mentadbir negara selepas tiada parti memperoleh majoriti mencukupi pada pilihan raya lalu.



