Malaysia

Tragedi Sungai Klang: Lelaki hanyut kepala air ditemui di Shah Alam

Mayat lelaki yang dihanyutkan kepala air di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma akhirnya ditemukan di kawasan Kampung Sungai Kandis, Shah Alam, pagi tadi.

Penemuan kira-kira jam 10.30 pagi itu menamatkan operasi pencarian besar-besaran sejak insiden Ahad lalu, apabila mangsa yang melakukan kerja penambahbaikan sungai dihanyutkan arus deras kira-kira jam 5.40 petang.

Seramai 13 pekerja berada di lokasi ketika kejadian dan 12 daripada mereka berjaya diselamatkan.

Sejurus ditemui, mayat mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat, manakala pihak polis dijangka akan mengumumkan butiran lanjut susulan penemuan tersebut.

Operasi mencari dan menyelamat sebelum ini membabitkan lebih 200 anggota daripada pelbagai agensi.

Operasi itu dilancarkan susulan laporan kehilangan mangsa yang dipercayai dihanyutkan ketika air sungai naik secara mendadak akibat kepala air.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker