Malaysia
Wanita maut dengan leher dikelar dalam asrama di Nilai

Seorang wanita warga asing ditemui mati dengan kesan kelar di leher di sebuah asrama pekerja di Nilai, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, pihaknya dimaklumkan pada jam 11.21 malam mengenai mangsa berusia lingkungan 30-an ditemui tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di tangga tingkat empat bangunan berkenaan.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Pemeriksaan forensik mendapati terdapat kesan kelar berulang menggunakan senjata tajam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan motif masih dalam siasatan, termasuk kemungkinan konflik peribadi atau kewangan.




