Malaysia

Wanita warga emas ditikam cucu sendiri maut di Baling

Seorang wanita warga emas maut manakala ibunya cedera parah selepas diserang dan ditikam oleh cucunya sendiri dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Baru Bakai, Kuala Ketil malam tadi.

Ketua Polis Daerah Baling, Brandon Richard Joe berkata pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 7 malam.

Mangsa yang maut berusia dalam lingkungan 60-an dan mengalami kesan tikaman di bahagian belakang badan, manakala ibunya yang berusia 80-an cedera parah dengan kesan tetakan di belakang leher.

Mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Kulim, sementara mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Seorang lelaki disyaki terlibat telah ditahan dan polis akan memohon perintah reman bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker