Dunia
10 tahun bersama, Cristiano Ronaldo akhirnya kahwini Georgina Rodríguez

Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo, akhirnya sah berkahwin dengan pasangan lamanya, Georgina Rodríguez, selepas hampir 10 tahun bersama.
Pasangan itu melangsungkan upacara perkahwinan sivil pada 11 Ogos di Cascais, Portugal, dalam majlis yang berlangsung secara tertutup dan sederhana.
Majlis berkenaan hanya dihadiri keluarga terdekat, termasuk lima anak mereka. Ronaldo dan Georgina sebelum ini mengumumkan pertunangan pada Ogos, selepas bertahun-tahun menjalin hubungan.



