Dunia

Prabowo calonkan anak saudara sertai gabenor bank, nilai rupiah jatuh ke paras terendah

Nilai rupiah Indonesia jatuh ke paras terendah berbanding dolar Amerika Syarikat susulan kebimbangan pelabur terhadap kebebasan Bank Indonesia (BI).

Ia selepas Presiden Prabowo Subianto mencalonkan anak saudaranya untuk menyertai Lembaga Gabenor BI.

Mata wang itu merosot kepada 16,985 rupiah bagi setiap dolar AS menjelang keputusan dasar monetari BI minggu ini.

Sehingga Januari, rupiah susut hampir dua peratus, selepas kejatuhan 3.5 peratus sepanjang 2025.

Calon berkenaan, Thomas Djiwandono, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, merupakan salah seorang daripada tiga nama dikemukakan kepada parlimen.

Pelabur bimbang pencalonan itu boleh menjejaskan kebebasan dasar monetari ketika Prabowo menyasarkan pertumbuhan ekonomi lapan peratus menjelang 2029.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker