Malaysia

11 SJK(T) di Parlimen Teluk Intan diberi peruntukan naik taraf infrastruktur

Sebanyak 11 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJK[T]) di bawah Parlimen Teluk Intan menerima peruntukan menerusi program Sentuhan Kasih, sebagai komitmen Kerajaan Madani dalam memastikan semua aliran pendidikan diberi perhatian sama rata.

Antara sekolah terawal menerima manfaat ialah SJK(T) Ladang Selaba, yang memperoleh RM110,000 untuk pembelian Smart TV, pembaikan kawasan perhimpunan serta penambahbaikan bilik operasi dan bilik darjah.

Inisiatif ini digerakkan melalui kerjasama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming, bersama ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong.

Menurut Kah Leong, setiap SJK(T) di Teluk Intan akan dilawati satu persatu bagi memastikan setiap sekolah menerima bantuan mengikut keperluan, tanpa mengira jumlah murid atau lokasi.

Pendekatan Kerajaan Madani turut melibatkan pemantauan selepas dana disalurkan, bagi memastikan peruntukan dimanfaatkan sepenuhnya untuk kesejahteraan pelajar.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker