Malaysia

15 kluster jangkitan influenza dikesan, berpunca aktiviti sosial selepas musim cuti – KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan peningkatan kes jangkitan influenza dan saluran pernafasan apabila 15 kluster baharu dikesan pada Minggu Epidemiologi 39/2025, berbanding hanya tiga kluster minggu sebelumnya.

Majoriti kes melibatkan institusi pendidikan termasuk sekolah dan tadika, namun tiada kematian dilaporkan.

Setakat ini, sebanyak 214 kluster direkodkan di seluruh negara, menunjukkan penurunan 33 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

KKM menjelaskan peningkatan kes berkemungkinan berpunca daripada aktiviti sosial dan perjalanan selepas musim cuti.

Walaupun kadar Penyakit Seperti Influenza (ILI) kekal stabil sekitar 5.6 hingga 6.2 peratus, pihak kementerian menasihatkan agar sekolah memantau pelajar bergejala, melaksanakan pengasingan segera, dan memastikan kebersihan persekitaran terjaga.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker