Malaysia

“300 liter cukup 12 hari sahaja”, guru ulang-alik Cyberjaya ke Bukit Kepong reda terpaksa bayar RM2.60 seliter

Seorang guru wanita, Aisha Hassan, 34, yang sebelum ini kisahnya tular kerana memandu sejauh hampir 388 kilometer setiap hari mengakui bahawa penetapan 300 liter di bawah Budi Madani RON95 (BUDI95) tidak mencukupi.

Aisha yang memandu dari Cyberjaya ke Bukit Kepong, Muar, Johor setiap hari demi menunaikan amanah mendidik anak bangsa memberitahu bahawa 300 liter itu hanya boleh dimanfaat untuk perjalanan selama 12 hari sahaja.

Bagaimanapun, Aisha memberitahu Telus Malaysia bahawa beliau terpaksa akur dengan kos RM2.60 seliter yang perlu dibelanjakan olehnya sebaik penggunaannya nanti melebihi had yang diberikan oleh kerajaan.

Katanya lagi, kuota 300 liter itu mungkin mencukupi bagi individu yang bekerja dekat dengan rumah.

Aisha sebelum ini tular selepas kisahnya bertolak keluar dari rumahnya di Cyberjaya seawal jam 4 pagi untuk mengajar subjek sains di sebuah sebuah sekolah rendah di Kampung Durian Chondong.

Menurut Aisha, beliau juga terpaksa menyediakan sejumlah peruntukan untuk kos perjalanannya selain kos penyelenggaraan kereta.

Rutin itu dilalui sejak awal tahun atas alasan enggan berpindah, walaupun boleh tinggal menyewa di rumah yang lebih dekat dengan sekolah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker