Dunia

Misi GSF: PM tegas akan lakukan apa sahaja demi selamatkan aktivis Malaysia ditahan Israel

Malaysia tidak akan berdiam diri susulan tindakan rejim Zionis Israel yang memintas konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) serta menahan aktivis dan sukarelawan kemanusiaan, termasuk warganegara Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan mendesak semua aktivis dan sukarelawan antarabangsa yang terbabit dibebaskan segera.

Tambahnya, tindakan Israel menyekat misi itu bukan sahaja memperlekeh hak asasi rakyat Palestin, malah menginjak nurani masyarakat dunia.

Tegasnya lagi, Malaysia akan mengambil segala langkah sah berasaskan undang-undang bagi menuntut pertanggungjawaban Israel, khususnya apabila keselamatan warganegara sendiri menjadi taruhan.

Malaysia, katanya, akan terus berdiri teguh memperjuangkan hak rakyat Palestin dan tidak akan berundur daripada mendesak agar kezaliman rejim Zionis dihentikan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker