Dunia

480 lagi trak bantuan tiba di Gaza, lebih 650 trak dibenar masuk setakat Rabu

Pihak berkuasa Gaza memaklumkan sebanyak 480 trak bantuan masuk ke wilayah itu pada Rabu di bawah perjanjian gencatan senjata dengan Israel.

Sejak gencatan bermula pada 10 Oktober lepas, keseluruhan 653 trak dibenarkan masuk.

Perjanjian gencatan itu, berdasarkan pelan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, menetapkan kemasukan 600 trak bantuan setiap hari termasuk minyak dan gas memasak.

Namun Israel hanya membenarkan 173 trak pada Ahad, dan tiada bantuan dihantar pada Isnin serta Selasa.

Kerajaan Gaza menegaskan jumlah semasa jauh daripada mencukupi kerana wilayah itu memerlukan sekurang-kurangnya 600 trak sehari bagi menampung keperluan minyak, gas, makanan dan perubatan.

Pihak berkuasa masih berkoordinasi dengan agensi antarabangsa untuk memastikan pengagihan bantuan secara adil kepada seluruh penduduk.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker