Mexico huru-hara selepas kartel dadah terbesar mati dibunuh

Nemesio Oseguera Cervantes ditembak mati oleh tentera Mexico pada Ahad, mencetuskan gelombang keganasan di beberapa negeri apabila kumpulan bersenjata bertindak balas dengan membakar kenderaan dan menyekat jalan utama.
Ketua Jalisco New Generation Cartel itu, yang dikenali sebagai “El Mencho”, merupakan antara penjenayah paling dikehendaki di Mexico dan Amerika Syarikat dengan ganjaran AS$15 juta.
Beberapa kawasan lain dilaporkan berdepan sekatan jalan dan aktiviti jenayah susulan operasi keselamatan besar-besaran.
Ditubuhkan pada 2009, kartel itu dianggap antara organisasi pengedaran dadah paling ganas di Mexico dan diklasifikasikan Amerika.
Syarikat sebagai organisasi pengganas, dengan rangkaian penyeludupan kokain, heroin, methamphetamine dan fentanyl ke sempadan AS.




