Malaysia
Punca perlombongan mineral? JAS siasat air Sungai Perak bertukar biru

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak menjalankan siasatan berhubung insiden air Sungai Perak di Jambatan Kampung Sungai Papan, Gerik bertukar kebiruan yang disyaki berpunca daripada pencemaran.
Beberapa sampel air diambil untuk analisis bahan kimia bagi mengenal pasti punca sebenar, dengan siasatan turut dijalankan di kawasan perlombongan berhampiran yang terletak antara 19 hingga 40 kilometer dari lokasi kejadian.
JAS memberi jaminan keadaan sungai masih selamat dan tidak menjejaskan penduduk setempat. Kejadian itu tular di media sosial pada 21 Oktober selepas gambar air sungai kelihatan berubah warna.



