Malaysia
Tren Laluan Putrajaya kembali stabil, 40 bas perantara percuma tetap disediakan

Operasi tren Laluan Putrajaya kembali stabil selepas Rapid Rail bersama pakar sistem asal menyiapkan pembaikan sistem semboyan sepanjang malam.
Setakat 11 pagi, semua tren beroperasi secara automatik dengan 20 tren di laluan tersebut dan kekerapan setiap 10 minit pada waktu bukan puncak.
Pemantauan rapi masih dijalankan bagi memastikan kestabilan sistem.
Sementara itu, 40 bas perantara percuma masih disediakan, dengan petugas stesen dan polis bantuan membantu penumpang di platform serta hentian bas.
Sebarang maklumat terkini boleh dirujuk melalui saluran rasmi Rapid KL atau aplikasi Pulse.




