Malaysia

Hari pertama BDR, trafik Lembah Klang kekal sesak

Walaupun kira-kira 200,000 penjawat awam mula bekerja dari rumah (BDR) hari ini, aliran trafik di Lembah Klang masih sesak seperti hari bekerja biasa.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan trafik mula perlahan seawal 7 pagi susulan pertambahan kenderaan, namun keadaan keseluruhan masih terkawal tanpa perubahan ketara.

Antara laluan utama yang dilaporkan perlahan termasuk Lebuhraya Utara-Selatan, NKVE, KESAS serta beberapa laluan utama menuju pusat bandar.

Pelaksanaan BDR diperkenalkan sebagai langkah penjimatan kos dan penggunaan bahan api susulan krisis tenaga global, namun setakat ini belum memberi kesan besar terhadap aliran trafik di ibu negara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker