Dunia

Pesawat ringan terhempas di Kenya, kesemua 11 terkorban

Sebuah pesawat ringan Mombasa Air Safari yang dalam perjalanan ke Taman Negara Maasai Mara terhempas di Kwale, Kenya.

Kejadian itu mengorbankan semua 10 penumpang termasuk juruterbang yang mana terdiri daripada 8 warga Hungary, 2 warga Jerman dan juruterbang warga Kenya.

Pesawat berlepas dari Diani sebelum terputus hubungan sejurus selepas penerbangan.

Ia kemudian terhempas dan terbakar berhampiran pesisir Lautan Hindi pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.

Pihak berkuasa kini menyiasat punca nahas.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker