Dunia
68 maut dalam nahas dua tren laju, Sepanyol berkabung tiga hari

Sepanyol mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari bermula 29 hingga 31 Oktober selepas perlanggaran dua tren berkelajuan tinggi mengorbankan sekurang-kurangnya 68 orang pada Rabu.
Nahas berlaku berhampiran bandar Urda, wilayah Toledo, pada laluan yang menghubungkan Madrid dengan Seville.
Insiden melibatkan tren Renfe milik kerajaan Sepanyol dan tren Iryo milik syarikat swasta, apabila tren Renfe merempuh bahagian belakang tren Iryo yang berhenti di landasan.
Kedua-dua tren itu membawa 544 penumpang, manakala lebih 100 orang dilaporkan memerlukan rawatan hospital. Beberapa gerabak turut tergelincir akibat perlanggaran berkenaan.




