Dunia
Bapa tiri disiasat, kanak-kanak 10 tahun hamil enam bulan

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di Argentina didapati hamil enam bulan selepas dibawa ke hospital akibat mengalami sakit perut yang teruk.
Pemeriksaan perubatan mendapati kehamilan mangsa sudah memasuki peringkat lanjut, sekali gus mendorong pihak berkuasa memulakan siasatan terhadap bapa tirinya berhubung dakwaan penderaan seksual.
Dalam siasatan itu, telefon bimbit suspek turut dirampas bagi membantu pihak berkuasa mengumpulkan bukti.
Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai keadaan kesihatan mangsa dan langkah perlindungan yang diambil tidak didedahkan.




