Dunia

Ombak ganas ‘telan’ pantai California, rumah di ambang runtuh

Beberapa rumah di Long Beach, California, Amerika Syarikat, berada di ambang runtuh selepas dibadai ombak besar susulan Ribut Tropika Rachel.

Kejadian itu turut menyebabkan sebahagian laluan pejalan kaki bersejarah di kawasan pantai berkenaan musnah, manakala kerja pembersihan dan pembaikan kecemasan sedang dijalankan.

Datuk Bandar Long Beach, Rex Richardson, berkata kerosakan itu belum pernah berlaku pada skala sedemikian di komuniti berkenaan. Beberapa penduduk di kawasan berisiko turut diarahkan berpindah sehingga Selasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Pihak berkuasa memberi amaran keadaan laut bergelora dan hakisan pantai boleh berterusan selama beberapa hari.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker