Dunia

Remaja 17 tahun bunuh ibu dan adik, guna ChatGPT cari cara membunuh

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, Arjun Aravind, didakwa membunuh ibu dan adiknya di rumah mereka di Acton, Massachusetts, Amerika Syarikat, pada Selasa.

Mangsa ialah Sudha Venkatesan, 45, dan Siddarth Aravind, 14.

Menurut polis, Aravind dipercayai menggunakan ChatGPT untuk meneroka idea berkaitan pembunuhan keluarganya, termasuk membayangkan situasi ganas dan menghasilkan cerita fiksyen berunsur Gothic.

Selepas kejadian, dia dipercayai melarikan diri menggunakan Honda Accord milik ibunya.

Kes terbongkar sekitar 6.30 petang selepas seorang tutor yang tiba di rumah gagal masuk dan menghubungi bapa Aravind.

Polis kemudian menemukan kedua-dua mangsa maut, masing-masing di ruang bawah tanah dan tingkat bawah rumah, dengan kesan trauma.

Aravind kini ditahan dan berdepan dua pertuduhan membunuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker