Malaysia
Wanita maut dipercayai diserang sakit jantung sebelum MPV rempuh dua motosikal

Seorang wanita berusia 36 tahun meninggal dunia selepas dipercayai mengalami serangan jantung ketika memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Macalister, George Town, semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Abdul Rozak Muhammad berkata, wanita itu kemudian merempuh dua motosikal yang diparkir di tepi jalan berhampiran sebuah restoran, kira-kira jam 2 petang.
Menurut beliau, kedua-dua motosikal terbabit tidak dinaiki sesiapa dan kejadian hanya melibatkan pemandu MPV berkenaan.
Wanita itu kemudiannya dikejarkan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang sebelum disahkan meninggal dunia.




