Malaysia
Guan Eng gesa kerajaan hentikan penggunaan TuJu

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menggesa kerajaan menghentikan penggunaan aplikasi navigasi tempatan TuJu selepas didakwa gagal menampung peningkatan jumlah pengguna.
Beliau berkata masalah itu berlaku selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan 1.7 juta penjawat awam beralih daripada Waze kepada TuJu.
Lim mempersoalkan kemampuan TuJu selepas LLM mengakui ia belum direka untuk menyaingi Waze, selain pengguna melaporkan masalah navigasi dan gangguan teknikal.
Pembangun TuJu, Prosignal Consortium Sdn Bhd memohon maaf dan berjanji menambah baik fungsi aplikasi itu dalam tempoh dua minggu.




