Uncategorized

Wanita warga emas ditemukan lemas di Teluk Intan

Mayat wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Perak di Jeti Kampung Terengganu, Teluk Intan, Selasa lalu, ditemukan pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, Heng Heng Kem, 74, ditemukan unit anjing pengesan (K9) pada jam 10.50 pagi di kawasan Batu 8, kira-kira 30 kilometer dari lokasi kejadian.

Operasi pencarian memasuki hari ketiga sebelum mayat mangsa dibawa naik melalui Jeti Pokok Asam dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini, bomba menemukan sebuah motosikal dan sepasang kasut milik mangsa di tebing sungai selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.54 petang Selasa lalu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker