Pesan GrabFood untuk stok makan 2–3 hari, cara jimat berbelanja kini jadi trend

Dalam keadaan kos sara hidup semakin menekan dan harga makanan di luar rumah kian mahal, semakin ramai pengguna memilih strategi ‘sekali order, makan berhari-hari’.
Trend ini bukan sahaja menjimatkan kos penghantaran, malah memudahkan mereka yang sibuk dan tidak sempat memasak setiap hari.
Menurut pengguna Threads, Farahlee berkongsi bahawa dia lebih rela pesan makanan banyak terus untuk disimpan sebagai stok 2 hingga 3 hari kerana tidak mahu bayar cas penghantaran berkali-kali.
Ramai turut mengaku membuat perkara sama, yang mana mereka akan menyimpan makanan dibeli itu di dalam peti ais dan hanya hangatkan semula sebelum dimakan.
Ada juga yang mendedahkan bahawa dengan membeli lebih banyak lauk dalam satu pesanan, lebih banyak harga promosi yang akan diperolehi.
Bagaimanapun, trend itu tidaklah menjadi pilihan ramai orang kerana lebih memilih makanan panas dan sesetengah pihak pula menganggap ia kurang sesuai untuk bagi yang berkeluarga kerana si suami mungkin mahu merasakan air tangan isteri.




