Malaysia

Tarikh bubar DUN Melaka belum diputuskan – Ab Rauf

ALOR GAJAH: Tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) masih belum diputuskan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Menurut beliau, beberapa urusan pentadbiran perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum tarikh pembubaran ditetapkan.

Sebelum ini, Ab Rauf memaklumkan DUN Melaka mungkin dibubarkan antara Jumaat ini hingga Jumaat depan.

Beliau turut menafikan dakwaan di media sosial bahawa beliau dan Tun Mohd Ali Rustam telah menandatangani dokumen pembubaran DUN.

Melaka mempunyai 28 kerusi DUN, manakala tempoh pentadbiran kerajaan negeri akan berakhir pada 31 Disember ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker