
Pengarah Miss Universe Thailand, Nawat Itsaragrisil, akhirnya memohon maaf susulan tindakannya menengking beberapa peserta Miss Universe 2025,
Ini termasuk wakil Mexico, kerana tidak memuat naik bahan promosi berkaitan Thailand di media sosial.
Insiden tular itu mencetuskan kecaman antarabangsa dan menyebabkan Pertubuhan Miss Universe mengambil keputusan mengehadkan penglibatan Nawat dalam acara rasmi tahun ini.
Ketika majlis sambutan rasmi pertandingan itu semalam, Nawat tampil memohon maaf secara terbuka dan mengakui gagal mengawal emosi akibat tekanan kerja.
Dalam sidang media berasingan, Nawat turut menafikan menggunakan perkataan menghina seperti didakwa, sebaliknya menjelaskan kenyataannya telah disalah tafsir.




