HiburanMalaysia

Banyak lagi MV seksi lain, kenapa Dolla jadi tumpuan? Netizen pertikai ketidakadilan Menteri Agama

Kontroversi teguran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) terhadap ahli kumpulan Dolla, Sabronzo, terus mencetuskan perdebatan apabila netizen mempersoalkan mengapa muzik video artis lain yang memaparkan pakaian lebih berani tidak menerima perhatian sama.

Mereka berhujah bahawa walaupun artis tersebut tidak sepopular Dolla, muzik videonya telah mencecah lebih 4.8 juta tontonan justeru, kementerian wajar bersikap adil dan konsisten.

Isu semakin hangat apabila video muzik Dolla diturunkan oleh Universal Music Malaysia selepas teguran Datuk Na’im Mokhtar, yang menyifatkan pakaian digunakan sebagai tidak sensitif kepada budaya dan agama.

Tindakan itu turut dikritik peguam Latheefa Koya, yang menyatakan bahawa teguran menteri tersebut menjatuhkan maruah Sabronzo secara terbuka walaupun tiada kesalahan dibuktikan, selain tidak selaras dengan proses undang-undang.

Dalam video yang dipadam itu, kumpulan Dolla kebanyakannya memakai baju dengan bahu terdedah yang dipadankan dengan skirt mini, malah ada juga bahagian perut yang terdedah.

Netizen juga mempersoalkan keperluan mengancam tindakan syariah sedangkan banyak kandungan lain yang lebih eksplisit tidak disentuh. Bagi mereka, fokus kementerian sepatutnya menyeluruh, bukan hanya pada artis tertentu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker