Lelaki Bangladesh rogol remaja empat kali di kedai runcit sehingga hamil direman polis

Lelaki warga Bangladesh yang disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di sebuah kedai runci sehingga hamil, pada Mei lalu direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, perintah reman terhadap suspek berusia 31 tahun itu dikeluarkan Majistret Farha Sulaiman di Mahkamah Majistret Seremban, pada Selasa.
Reman terhadap suspek warga Bangladesh ini bermula 9 hingga 15 Disember dan siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki warga Bangladesh bertindak melarikan diri dengan pulang ke negara asal selepas disyaki merogol remaja perempuan berusia 16 tahun.
Suspek ditahan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 11.44 pagi semalam ketika kembali ke negara ini.




