Malaysia

Taman rekreasi Ulu Bendul ditutup sementara lepas tiga kes kencing tikus dikesan

Taman Rekreasi Ulu Bendul di Kuala Pilah ditutup sementara sehingga 17 Mei ini selepas Unit Kawalan Penyakit Berjangkit, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Pilah menerima tiga notifikasi kes dipercayai berkaitan leptospirosis atau kencing tikus sejak Sabtu lalu.

Menurut PKD Kuala Pilah, kes melibatkan sebuah keluarga yang melakukan aktiviti mandi-manda di kawasan sungai semula jadi Taman Rekreasi Ulu Bendul pada 1 Mei 2026.

Seramai lima ahli keluarga berusia antara empat hingga 10 tahun terdedah, namun tiga daripadanya mengalami gejala dengan kadar serangan sekitar 60 peratus selepas berada di lokasi itu dari jam 10 pagi hingga 4 petang.

Mangsa dilaporkan mengalami simptom seperti demam, menggigil, sakit sendi, sakit perut, loya, muntah serta cirit-birit sebelum mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kuarters KLIA pada 8 Mei 2026.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker