Malaysia

Dua remaja perempuan hilang di Cameron Highlands

Dua remaja perempuan dilaporkan hilang di Cameron Highlands sejak Isnin, dan polis kini meminta bantuan orang ramai untuk mengesan mereka.

Mangsa berusia 15 dan 14 tahun itu beralamat di Puncak Arabella, Tanah Rata, dan kali terakhir dilihat keluar dengan pakaian lengan panjang serta beg galas hitam.

Polis telah membuka kertas siasatan dan menggerakkan usaha pencarian, namun setakat ini masih belum ada petunjuk baharu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta segera menghubungi pegawai penyiasat atau Pusat Kawalan Daerah Cameron Highlands di 05-4915999, atau balai polis berhampiran untuk membantu siasatan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker