Malaysia
“Semoga baik-baik sahaja”, pasangan panda China dikuarantin sebulan

Pasangan panda gergasi baharu, Chen Xing dan Xiao Yue, tiba di KLIA malam tadi dan telah dibawa ke Pusat Konservasi Giant Panda Zoo Negara.
Mereka kini menjalani kuarantin wajib selama sebulan di bawah pengawasan doktor haiwan sebelum boleh dipertontonkan kepada umum.
Ketibaan dua panda muda ini adalah sebahagian daripada perjanjian kerjasama konservasi Malaysia–China untuk tempoh 2025 hingga 2035.
Sebelum ini, Malaysia menerima pasangan panda gergasi Fu Wa dan Feng Yi pada 2012 sebelum haiwan itu dihantar pulang ke China pada 18 Mei 2025.



