Malaysia
Peserta protes bersama Indira Gandhi ‘berkampung’ depan Bukit Aman tunggu IGP

Ahli Indira Gandhi Action Team (Ingat) menyatakan mereka sanggup ‘berkampung’ di hadapan Bukit Aman sehingga Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, hadir bertemu mereka.
Kira-kira 80 penyokong bersama M Indira Gandhi sebelum itu berarak hampir 2 kilometer dari pusat beli-belah Sogo ke Bukit Aman.
Indira berkata beliau akan menunggu di luar ibu pejabat polis kerana mahu bersemuka dengan ketua polis.
Kira-kira 50 anggota polis ditempatkan di kawasan tersebut bagi memantau perhimpunan.
Indira menegaskan beliau hanya mahukan pertemuan lima minit untuk menyuarakan kekecewaannya kerana masih belum mendapat kembali hak penjagaan anak perempuannya yang telah diperjuangkan selama lebih 16 tahun.




