Malaysia

Tiada bukti acu pistol ke arah Albert Tei – Polis

Siasatan polis setakat ini tidak menemukan sebarang bukti yang menyokong dakwaan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengacukan pistol ke arah ahli perniagaan, Albert Tei, ketika serbuan di kediamannya bulan lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar memaklumkan rakaman CCTV di kediaman berkenaan serta video lain telah diserahkan kepada pihak forensik untuk analisis lanjut.

Namun tiada keterangan yang mengesahkan dakwaan itu setakat ini. Siasatan masih diteruskan dengan pengumpulan bahan bukti tambahan.

Polis telah merakam keterangan Albert, isterinya serta semua pegawai SPRM yang terlibat, manakala keterangan anak-anak pasangan itu akan diambil dalam masa terdekat.

Sebelum ini, isteri Albert membuat laporan polis pada 28 November lalu berhubung dakwaan tersebut, namun Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menafikan sebarang salah laku dan menegaskan pegawai operasi dilengkapi peralatan rakaman.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker