Malaysia

Jurulatih bola sepak cabul, liwat remaja 15 tahun depan rumah rumah

Seorang jurulatih bola sepak bertauliah ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes cabul dan liwat melibatkan seorang remaja lelaki di Kampung Gembut, Tanjung Sedili.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman memaklumkan, suspek berusia lingkungan 50-an ditahan pada 9 Januari lalu.

Siasatan awal mendapati mangsa berusia 15 tahun dan merupakan jiran kepada suspek, dengan kejadian dipercayai berlaku sehari sebelum tangkapan di sebuah pondok berhadapan rumah suspek.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker