Malaysia
MoF tarik balik bantuan STR, SARA individu ada 6 buah rumah dibuat sewa

Kementerian Kewangan menarik balik kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) seorang lelaki yang tular mengaku memiliki enam rumah sewaan.
MoF memaklumkan lelaki berkenaan kini disiasat di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 kerana disyaki gagal mengisytiharkan pendapatan sewaan.
Siasatan mendapati pemilikan hartanah itu adalah sah dan didaftarkan atas nama penerima serta pasangannya melalui rekod e-Duti Setem LHDN.
Susulan penemuan itu, kelulusan STR dan SARA beliau dibatalkan. Kes ini mencetuskan perbincangan awam agar pemilikan hartanah diambil kira sebagai kriteria kelayakan bantuan kerajaan.




