Cheah Liek Hou pilih berdamai, fokus persiapan kejohanan

Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou memilih untuk menamatkan sengketa dengan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) susulan kontroversi isu ganjaran kemenangan baru-baru ini.
Beliau menegaskan keutamaannya kini adalah menumpukan perhatian terhadap latihan dan persiapan menghadapi kejohanan antarabangsa.
Pemenang dua pingat emas Paralimpik itu baru-baru ini menerima ganjaran tambahan RM35,000 daripada sebuah syarikat pembangunan di Johor sebagai penghargaan atas kejayaan di Paris 2024, melengkapkan jumlah keseluruhan selepas MPM hanya mampu menyediakan RM25,000 sebelum ini.
Walaupun masih belum menerima jemputan rasmi untuk berbincang dengan MPM, Liek Hou yakin kemelut tersebut tidak menjejaskan kerjayanya dan percaya semua pihak harus mengutamakan semangat kesukanan serta kejayaan negara.




