Malaysia

Pelajar cemerlang SPM terkorban dalam tragedi ngeri, tiang JKR terkena kepala

Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang juga pelajar cemerlang SPM maut dalam satu kemalangan ngeri di Jalan Losong Feri, Kuala Terengganu semalam kira-kira jam 3.36 petang.

Mangsa, Wah Han Keong, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala selepas insiden membabitkan sebuah van dan kereta.

Menurut laporan, kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Volkswagen Golf GTI yang dipandu lelaki berusia 43 tahun dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar tiang JKR.

Lebih tragis, tiang JKR yang dilanggar itu tumbang sebelum tertusuk masuk ke dalam van dan mengenai mangsa yang berada di tempat duduk hadapan.

Orang awam yang berada di lokasi memaklumkan mangsa merupakan anak sulung daripada dua beradik serta dikenali sebagai pelajar cemerlang SPM. Difahamkan, beliau turut bekerja sambilan bagi membantu keluarganya sementara menunggu kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker