Malaysia
Perodua Traz dilancarkan, SUV kompak bermula RM76,100 jadi pesaing X50

Perodua melancarkan SUV kompak terbaharu, Perodua Traz, yang dibangunkan dengan pelaburan sekitar RM563 juta sejak 2021 dan kandungan tempatan sebanyak 95 peratus.
Traz ditawarkan dalam dua varian, iaitu X dan H, dengan harga bermula RM76,100 hingga RM82,000.
Model ini dikuasakan enjin 1.5 liter 2NR-VE DVVT-i yang menghasilkan 105hp dan 138Nm, dipadankan dengan transmisi D-CVT, serta mencatat penggunaan bahan api sehingga 21.3 km/l.
Antara ciri ditawarkan termasuk Power Back Door dengan Kick Sensor dan corong penyaman udara untuk penumpang belakang. Pilihan warna pula terdiri daripada Merah Cranberry, Biru Electric (bumbung hitam), Perak Glittering, Putih Ivory dan Kelabu Granite.



