Malaysia
LHDN selesai bayar balik lebihan cukai RM17 bilion

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memproses bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM17 bilion sehingga 18 Disember, melibatkan lebih 3.52 juta kes susulan peruntukan tambahan diumumkan kerajaan.
Daripada jumlah itu, RM15 bilion diproses antara 1 Januari hingga 8 Disember 2025, manakala RM2 bilion lagi diselesaikan bagi tempoh 9 hingga 18 Disember.
Sebanyak RM2 bilion daripada peruntukan tambahan telah dikreditkan kepada pembayar cukai, dengan baki RM2 bilion dijangka diselesaikan sebelum akhir Disember.
Peruntukan tambahan digunakan untuk melangsaikan bayaran balik tertunggak melebihi tiga tahun serta kes berusia dua tahun ke atas, dengan keutamaan diberikan kepada syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)



