Malaysia

Enam lelaki ditahan, disyaki terlibat sindiket dadah juruterbang

JSJN Bukit Aman menahan enam lelaki tempatan berusia 23 hingga 50 tahun dalam operasi antara 20 hingga 28 Ogos lalu, kerana disyaki menjadi ‘upline’ dan ‘downline’ kepada seorang pembantu juruterbang Malaysia.

Pembantu juruterbang berusia 39 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Tangerang, Banten, Indonesia pada 29 Julai selepas tiba dari Kuala Lumpur menaiki penerbangan MH727.

Pemeriksaan menemukan 70,114 pil ekstasi seberat kira-kira 25 kilogram serta empat gram syabu bernilai sekitar RM45 juta. Dia didakwa dijanjikan bayaran RM50,000 untuk membawa dadah itu ke Jakarta.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, enam suspek kini ditahan mengikut LLPK 1985, manakala maklumat siasatan akan dikongsi dengan Polis Republik Indonesia (POLRI).

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker