Dunia
Maduro mengaku tidak bersalah, pertahankan diri masih Presiden Venezuela

Nicolas Maduro buat pertama kali tampil di Mahkamah Persekutuan Manhattan pada Isnin selepas ditahan dalam operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) yang menggulingkannya daripada kuasa di Venezuela.
Dalam prosiding itu, beliau membantah penahanan berkenaan dan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pengedaran dadah yang dikenakan.
Maduro turut menegaskan beliau masih presiden Venezuela serta mendakwa penahanannya tidak sah, namun kenyataan itu dihentikan oleh hakim.
Peguam memaklumkan Maduro tidak memohon ikat jamin buat masa ini. Perbicaraan seterusnya ditetapkan pada 17 Mac, dengan arahan supaya beliau hadir semula ke mahkamah.




